BAB II : REMAJA DAN AKHLAK : SUATU KAJIAN SECARA TUNTAS


 

2.0 Pengenalan


 

2.1 Definisi Remaja


 

Remaja ialah peringkat umur mulai dewasa, sudah akil baligh, sudah cukup umur untuk berkahwin. Muda ialah gadis yang sudah dewasa mulai timbul rasa cinta berahi.


 

Dalam bahasa Inggeris disebut sebagai 'adolescent' iaitu suatu proses meningkat dewasa, pertambahan umur manusia di mana tempoh perkembangan dari zaman kanak-kanak ke zaman dewasa. Pada lazimnya remaja perempuan berumur dari 12 hingga 21 tahun.


 

Perkataan remaja disebut sebagai 'adolescence' dari perkataan bahasa latin 'adolescere' bermaksud meningkat, beransur-ansur kepada kematangan tubuh badan, jantina, emosi dan akal.


 

Dalam bahasa arab remaja disebut sebagai 'shab' ataupun 'fata'. Kedua-dua perkataan ini digunakan untuk menunjukkan peringkat individu yang telah baligh sebelum masuknya peringkat dewasa.


 

Perspektif pendidikan- tempoh masa yang berlangsung dari kira-kira 12 atau 13 tahun hingga ke akhir belasan tahun atau awal dua puluhan. Perbezaan tempoh masa ini bergantung kepada perbezaan individu dan kebudayaan. Contohnya remaja Barat lebih cepat matang berbanding remaja Melayu. Ia juga merupakan tempoh masa penyesuaian kepada perubahan sosial dan fizikal yang membezakan tingkah laku kanak-kanak dengan tingkah laku orang dewasa.


 

Perspektif psikologi- zaman remaja adalah jambatan di antara kanak-kanak dan alam dewasa. Ia merupakan satu tempoh di mana seorang individu perlu menyesuaikan dan mengubah tingkah laku zaman kanak-kanak kepada bentuk dewasa untuk diterima sebagai satu budaya.


 

Perkataan remaja disebut sebagai 'adolescence' dari perkataan bahasa latin 'adolescere' bermaksud ke arah kematangan. Melalui perkataan ini remaja bererti satu proses yang lebih tepat dari tempoh masa iaitu proses mencapai satu tingkah laku dan kepercayaan yang diperlukan untuk memberi kesan kepada penyertaan dalam masyarakat.


 

Perspektif perundangan Malaysia- tiada istilah yang khusus mengenai remaja dinyatakan. Namun, terdapat beberapa akta yang berkaitan dengan umur golongan ini.

Akta Perlindungan Kanak-kanak 1991 menyatakan bahawa kanak-kanak ialah yang berumur 18 tahun ke bawah.

Akta Mahkamah juvana 1947 mentakrifkan kanak-kanak sebagai mereka yang berada di bawah umur 18 tahun ke bawah.

Akta Pekerjaan Kanak-kanak dan Orang Muda 1996 mendefinisikan kanak-kanak sebagai mereka yang berada dalam lingkungan umur 10 hingga 14 tahun. Mamakala orang muda ialah bukan lagi kanak-kanak tetapi belum mencapai umur 16 tahun.

Akta Kanak-kanak 2001, seksyen 2(a) mentakrifkn kanak-kanak sebagai individu yang berumur 18 tahun ke bawah.

Akta pentafsiran 1948 dan 1967 menyatakan minor bermaksud individu yang tidak mencapai umur dewasa yang telah ditafsirkan oleh undang-undang yang sesuai dengannya.


 

Rumusan dan pandangan/pendapat penulis ….


 


 


 


 

2.1.1 Definisi Remaja Menurut Islam


 

Menurut Ibn Manzur dalam Lisan al-Arab remaja perempuan disebut sebagai al-murahiqah. Ia membawa maksud al-ghulam iaitu budak. Al-murahiqah juga bermaksud orang yang hampir baligh.


 

Al-murahiqah ialah peringkat perkembangan yang bermula dari umur baligh iaitu kira-kira umur 13 tahun dan berakhir pada umur matang iaitu sekitar 18 atau 20 tahun. Di mana kematangan dari segi akal, perbuatan dan hubungan sosial.


 

Al-murahiqah ialah tempoh kehidupan individu di antara tempoh baligh dan umur dewasa. Terdapat perbezaan dalam perkembangan yang berlaku pada beberapa anggota badan dan juga terdapat perubahan dari sudut pengaruh dalaman serta sosial.


 

Walaupun tiada istilah khusus mengenai definisi remaja perempuan dalam Islam, namun begitu dalam Islam usia baligh boleh dijadikan asas takrif ke alam remaja.


 

Umur remaja perempuan bermula dari usia baligh hingga umur 21 tahun.


 

Remaja dibahagikan kepada tiga peringkat umur iaitu pra remaja berumur 10 hingga 12 tahun, awal remaja berumur 13 hingga 16 tahun dan akhir remaja berumur 17 hingga 21 tahun.


 

Perbahasan ulama fiqh terhadap baligh :


 

Perkataan baligh berasal dari kata dasar 'balaghan' atau 'bulughan' yang memberi maksud 'adruku' iaitu mengetahui. Perkataan mengetahui membawa maksud seseorang yang telah baligh adalah seseorang yang mengetahui erti tanggungjawab dirinya terhada agama.


 

'al-wusul' yang memberi maksud sampai. Perkataan sampai tersebut membawa maksud telah sampai taklif agama terhadap siri seseorang yang telah baligh.


 

Penentuan baligh ditentukan dengan dua cara iaitu melalui tabi'i dan perkiraan umur.


 

Khilaf ulama terhadap terhadap menentukan tanda-tanda baligh melalui cara tabi'i.


 

Pertama, mengikut mazhab Hanafi bahawa tanda baligh bagi anak lelaki adalah dengan bermimpi, keluar air mani atau menghamilkan perempuan. Yang dengan mimpi ialah keluar air mani waktu tidur atau jaga (seda), melalui persetubuhan atau cara-cara lain. Dalilnya ialah firman Allah s.w.t :


 

واذا بلغ الأطفل منكم الحلم فليستأذنوا...

Maksudnya :

'Dan apabila anak-anakmu telah sampai umur baligh, maka hendaklah mereka meminta izin…'


 

Bagi kanak-kanak perempuan tanda-tandanya adalah keluar haid dan hamil. Hamil membuktikan bahawa kanak-kanak perempuan sudah mengeluarkan air mani, jadi ia dihukum baligh sebaik saja ia hamil.


 

Kedua, mengikut mazhab Maliki, tanda-tanda baligh melalui cara tabi'i ada tujuh. Lima daripada tanda-tanda tersebut ada pada lelaki dan perempuan manakala dua lagi tanda tersebut khas untuk perempuan. Tanda pertama adalah keluar air mani sama ada di dalam tidur atau jaga. Keduanya adalah tumbuh bulu yang kasar di bawah pusat dekat dengan kemaluan. Ketiganya adalah tumbuh bulu ketiak. Keempatnya adalah hujung hidung mengembang apabila ditekan dan kelimanya adalah berubah suara menjadi garau dan kasar.


 

Bagi mazhab Syafie dan Hanbali pula, tanda-tanda baligh bagi lelaki da perempuan ialah keluar air mani dan tumbuh bulu kasar di pangkal kemaluan yang memerlukan pencukuran. Tanda-tanda khas bagi perempuan adalah haid. Adapun mengenai bulu ketiak dan janggut tidak boleh dipegang sangat kerana amat jarang seseorang kanak-kanak di bawah umur 15 tahun ditumbuhi tersebut.


 

Menurut Abdul Rahman al-Jaziri, air mani tersebut mestilah setelah berumur 9 tahun, sekiranya air mani itu keluar sebelum usia tersebut ia dikira sebagai penyakit.


 

masalah khilaf perkiraan umur baligh bagi remaja perempuan :


 

pendapat 1 (Imam Ahmad, Imam Malik dan Daud al-Zhahiri) : mengatakan bahawa umur tidak boleh menentukan tanda baligh kanak-kanak jika tidak bermimpi. Mereka tidak dianggap mencapai baligh walaupun umur mereka mencapai 40 tahun atau 50 tahun.


 

Pendapat 2 : terdapat umur tertentu bagi menjelaskan umur baligh walaupun tiada sedikit dari tanda-tanda baligh yang lain. Pendapat ini disepakati oleh jumhur fuqaha'. Mereka berselisih pendapat tentang penentuan umur bagi kanak-kanak yang mencapai umur mukallaf. Pendapat ini di bahagi kepada lim iaitu :

  1. Apabila kanak-kanak perempuan telah mencapai umur 15 tahun maka mereka telah baligh dengan hukum syara'. Ini adalah pendapat golongan Syafi'iyyah, Hanabilah dn Zaidiyyah.
  2. Umur baligh bagi kanak-kanak perempuan adalah apabila mereka mencapai umur 17 tahun. Ini merupakan pendapat Imam Abu Hanifah
  3. Apabila sempurna umur 18 tahun bagi kanak-kanak perempuan. Pendapat ini disepakati golongan Malikiyyah
  4. Apabila kanak-kanak perempuan mencapai umur 16 tahun. Pendapat ini menjadi perselisihan di kalangan Malikiyyah
  5. Kanak-kanak perempuan mencapai umur 19 tahun. Imam Ibn Hazm berpegang dengan pendapat ini.


 

Berdasarkan kepada 5 pendapat ulama' yang disebut, maka jumhur ulama' berpendapat, pandangan yang pertama merupakan ukuran yang paling tepat dalam menetukan umur baligh bagi remaja perempuan.


 

Tanda baligh melalui penentuan umur adalah berbeza mengikut semula jadi manusia, keadaan persekitaran dan kekuatan tumbesaran kanak-kanak. Ahli perubatan mendapati kanak-kanak mencapai baligh pada umur 5 tahun di India, 6 tahun di Afrika dan had maksima umur baligh adalah 17 tahun.


 

Menurut Dr. Wahbah al Zuhaili, individu baligh merupakan seorang mukallaf yang bertanggung jawab pada semua kewajipan syarak dengan menunaikan suruhan agama Islam. Mereka dituntut beriman dengan rukun iman, melaksanakan lima rukun Islam, menjauhi perkara maksiat dan kemungkaran yang memudaratkan kemaslahatan individu serta masyarakat.


 

Jumhur ulama' tidak menentukan umur al-rusyd (kematangan) kerana tiada nas syarak yang menentukannya. Namun, ia bergantung kepada persediaan individu, pendidikan yang diterima dan persekitarannya. Negara Syria menetapkan individu berusia 18 tahun sebagai al-rusyd, manakala negara Mesir pula menetapkannya pada umur 21 tahun.


 

Secara umumnya penulis-penulis Islam mengatakan usia remaja hanya berakhir apabila seseorang itu memasuki alam dewasa. Walau bagaimanapun sebahagian pendapat mengatakan bahawa ianya berakhir sehingga usia 30 tahun, manakala sebahagian lainnya mengatakan sehingga 32 tahun.


 


 

a. Remaja Dari Sudut Wahyu


 


 


 


 

b. Kisah-Kisah Teladan Remaja Islam


 

Kisah taubat remaja bernama Ma'iz bin Malik


 

Mengisahkan tentang seorang sahabat Nabi iaitu Ma'iz bin Malik yang jujur dan sanggup mengaku kesalahannya berzina tanpa dipaksa oleh sesiapapun, walaupun beliau tahu hukumannya adalah rejam sampai mati demi membersihkan dirinya dari dosa zina.


 

Kisah ini telah disebutkan di dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abu al-Lajlaj :

(Abu Daud, Sunan Abu Daud di dalam 'Aun Ma'bud, juz 12, Kitab al-Hudud, Bab Rajm Ma'iz bin Malik, hlm. 118. Ahmad bin Hanbal, Musnad al-Imam Ahmad bin Muhammad bin Hanbal, No. Hadith 15369.)


 

Maksudnya :

'Sesungguhnya dia (bapa kepada Lajlaj) duduk bekerja di pasar. Maka lalu seorang perempuan yang membawa seorang bayi. Orang ramai menjadi gempar (kerana perempuan itu belum berkahwin). Maka perempuan tersebut berhenti di hadapan Nabi s.a.w. Lantas Baginda s.a.w bertanya, 'siapakah bapa kepada bayi ini?'. Perempuan tersebut tidak menjawab. Maka berkata seorang pemuda yang mengekori perempuan tersebut, 'akulah bapanya wahai Rasulullah'. Maka Rasulullah s.a.w memandang kepada perempuan itu lagi. Kemudian Rasulullah s.a.w bertanya lagi, 'siapakah bapa bayi yang bersama kamu ini?'. Maka dijawab oleh pemuda itu tadi, 'Akulah bapanya wahai Rasulullah s.a.w.' Kemudian Baginda s.a.w melihat kepada orang yang berada di sekelilingnya lantas menanyakan kepada mereka berkenaan dengan hal pemuda tersebut. Mereka mengatakan, 'Tidak kami ketahui halnya pemuda ini melainkan yang baik-baik belaka'. Maka bertanya Nabi s.a.w kepada pemuda tersebut, 'adakah kamu sudah berkahwin?'. Pemuda itu menjawab, 'sudah'. Kemudian pemuda tersebut dijatuhkan hukuman rejam. Kamipun membawa pemuda tersebut keluar dan kami menggalikan lubang baginya yang secukupnya untuk pemuda tersebut. Kemudian kami merejamnya dengan batu-batu sehingga mati. Maka datang seorang lelaki bertanyakan mengenai pemuda yang kena rejam tersebut. Kamipun membawanya kepada Nabi s.a.w lantas kami berkata, 'lelaki ini datang kepada kami bertanya mengenai orang yang jahat itu'. Maka berkata Rasulullah s.a.w,'sesungguhnya pemuda tersebut benar-benar seorang yang lebih baik di sisi Allah daripada bau-bauan kasturi. Sesungguhnya orang yang bertanya itu adalah ayah pemuda yang direjam tersebut. Maka kami menolongnya memandikan, mengkafankan da mengkebumikan pemuda tersebut. Dan aku tidak tahu (kata perawi) sama ada menyembahyangkannya ataupun tidak.'


 

Kisah semangat juang remaja dari Bani Aslam


 

Kisah seorang remaja di zaman Rasulullah s.a.w yang meminta izin untuk bersama-sama berjuang di medan peperangan bersama-sama Baginda s.a.w. Kesanggupan untuk mengorbankan nyawa berjuang di medan perang ini tidak terhasil kecuali bagi mereka yang telah dididik untuk mempertahankan agama daripada sebarang celaan dengan jiwa yang penuh ikhlas kepada Allah Taala mengikut cara yang telah diajarkan oleh Baginda s.a.w.Kisah ini telah dinyatakan di dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a. :


 

(al-Imam Muslim bin al-Hajjaj al-Qusyairi al-Naisaburi, Sahih Muslim bi Sarh al-Nawawi, juz. 13, Kitab al-Imarah, Bab Fadl I'anat fi Sabil Allah Ta'ala bi Markub wa Ghairhi, Dar al-Rayyan li al-Turath, Mesir, 1407H, hlm. 39.)

Maksudnya:

"Sesungguhnya ada seorang remaja dari Bani Aslam berkata ,"Wahai Rasulullah! Aku ingin turut sama berperang tetapi aku tidak mempunyai kelengkapan perang. Lantas Baginda s.a.w bersabda, "Engkau pergi kepada sipulan kerana dia telah menyediakan kelengkapan perang tetapi dia telah jatuh sakit". Maka remaja tersebut pergi untuk mendapatkan kelengkapan tersebut daripada sipulan tersebut dan mengatakan kepada sipulan tersebut yang Rasulullah s.a.w mengucapkan salam kepadanya. Kemudian remaja tersebut mengatakan kepada sipulan tersebut, "Berikan aku kelengkapan perang yang telah engkau sediakan tersebut". Berkata sipulan tersebut, "Wahai isteriku! Berikan apa yang aku telah sediakan itu kepadanya, dan jangan engkau tahan sedikitpun daripada kelengkapan tersebut. Maka demi Allah, jika kamu melakukan sedemikian, Allah akan memberi keberkatan kepada engkau di atas perkara tersebut."


 


 

Kisah remaja menuntut ilmu bernama Malik bin al-Huwairith r.a.


 

Pernah diceritakan di dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Malik bin al-Huwairith r.a. :


 

(al-Bukhari, Sahih al-Bukhari di dalam Fath al-Bari, juz. 2, Kitab al-Adhan li al-Musafirin Idha Kanu Jama'ah wa al-Iqamah. Muslim, Sahih Muslim, Kitab al-Masajid wa Mawadi' al-Salat al-Tirmidhi, Abwab al-Salat.)


 

Maksudnya :

"Kami (sebahagian sahabat termasuk Malik) telah pergi kepada Nabi s.a.w yang pada ketika itu kami masih lagi remaja. Maka kami tinggal bersama-sama Baginda selama 20 hari penuh. Kami mendapati Baginda s.a.w seorang yang sangat pengasih dan penyayang. Apabila Rasulullah s.a.w menyangka yang kami mulai merindui kaum keluarga kami, Bagindamengatakan, "Kembalilah kamu semua kepada keluarga kamu, tinggallah bersama-sama mereka serta ajar dan suruhlah mereka (mengerjakan solat). Yang meriwayatkan hadith ini berkata, Rasulullah menyebutkan beberapa perkara."Ada yang aku hafal dan ada yang aku tidak ingat lagi". Seterusnya ia meneruskan apa yang disabdakan oleh Nabi s.a.w. " Bersolatlah kamu sebagai mana kamu melihat aku solat. Apabila masuk waktu solat, hendaklah salah seorang di antara kamu melaungkan azan dan salah seorang yang lebih tua di antara kamu mengimami solat tersebut."


 


 

2.1.2 Definisi Remaja Menurut Pandangan Lain/Barat


 

Remaja dilihat dari beberapa sudut iaitu remaja sebagai fenomena fisiologi, remaja sebagai fenomena sosial, remaja sebagai fenomena budaya dan remaja merupakan peringkat zaman peralihan.


 

Remaja itu adalah satu peringkat pertumbuhan manusia dari peringkat kanak-kanak kepada manusia dewasa.


 

Remaja dilihat dari tiga sudut iaitu sudut sosiologi, psikologi da kronologi. Dari sudut sosiologi beliau menyatakan bahawa remaja sebagai individu yang mengalami proses perubahan dari zaman kanak-kanak ke alam dewasa. Pada peringkat ini remaja mula berdikari. Dari sudut psikologi pula beliau menyatakan bahawa remaja sebagai individu yang berada di dalam keadaan mencari penyesuaian untuk menukar sifat kanak-kanak kepada sifat dewasa. Dari sudut kronologi pula beliau berpendapat bahawa remaja sebagai individu yang berada dari jarak 12 hingga 20 tahun.


 

Remaja ialah proses pencapaian kematangan da kepercayaan yang lebih berkesan di dalam masyarakat. Mereka sudah mengerti tentang matlamat hidup dan fungsinya sekali secara dinamis.


 

Remaja dari segi fisiologi, bolehlah ditetapkan apabila lelaki itu bertukar suaranya, tumbuh rerambut tertentu di tubuh bdannya, meningkat tinggi da mengalami peningkatan berat yang begitu ketara sekali. Bagi perempuan pula masa haid yang pertama merupakan petanda ke alam remaja diikuti dengan perubahan-perubahan bentuk badan terutama pada bahagian dada dan punggungnya yang begitu ketara pembesarannya.


 

Bermulanya tanda remaja bagi lelaki ialah dada dan bahunya membesar, tumbuhnya misai dan janggut da mempunyai suara yang garau. Manakala bagi perempuan ialah membesarnya buah dada, punggung yang mula melebar dan datang haid.


 

Zaman remaja merupakan zaman ketegangan dan tekanan kerana zaman ini menunjukkan zaman peralihan yang penuh dengan berbagai-bagai masalah seperti konflik diri, konflik nilai, tekanan persekitaran dan lain-lain yang jika tidak dikawal sedar awal akan membawa akibat yang tidak baik.


 

Dari segi psikologi, zaman remaja merujuk kepada keadaan fikiran, sikap, cara hidup yang bermula pada masa kematangan jantina dan berakhir apabila seseorang itu dapat berdikari tanpa pertolongan keluarganya.


 

Remaja dikategorikan kepada tiga peringkat perkembangan iaitu remaja peringkat awal berumur di antara 14 hingga 15 tahun bagi lelaki dan perempuan di antara 13 hingga 14 tahun. Peringkat pertengahan remaja ialah pada umur 16 hingga 18 tahun bagi lelaki dan 15 hingga 17 bagi perempuan. Peringkat akhir remaja berumur 19 hingga 20 tahun bagi lelaki dan perempuan ialah 18 hingga 20 tahun. Mereka menyatakan bahawa remaja remaja pada peringkat awal remaja mengalami perubahan dari segi tubuh badan dan sedikit sebanyak kematangan kognitif. Manakala pada peringkat pertengahan pula remaja mula mencari identiti yang baru, mula bertemu janji dan banyak menghabiskan masa dengan rakan sebaya. Smentara pada peringkat akhir pula banyak keputusan penting dibuat seperti keputusan mengenai kerjaya da proses pemikiran juga sudah matang.


 

Penentuan umur remaja secara purata iaitu remaja perempuan umur antara 13 hingga 18 tahun dan remaja lelaki pada umur 14 hingga 18 tahun.


 

Terdapat 9 perkara asas yang berkaitan dengan remaja :

  1. Penerimaan fizikal dan peranan kejantinaan.
  2. Mencapai hubungan baru dan hubungan yang lebih matang dengan rakan sebaya bagi kedua-dua jantina.
  3. Membina emosi ingin bebas dari ibubapa dan orang dewasa yang lain
  4. Mencapai keinginan ketidakbergantungan ekonomi
  5. Memilih dan bersedia untuk bekerja
  6. Membina skil-skil intelektual dan konsep-konsep yang perlu untuk kecekapan sivik
  7. Berkeinginan untuk mencapai tingkahlaku dan tanggung jawab sosial
  8. Membuat persediaan untuk berkahwin dan hidup berkeluarga.
  9. Membina nilai-nilai sedar dalam keadaan harmoni dengan gambaran dunia saintifik yang diingini.


 


 


 


 


 


 

2.1.3 Perkembangan Remaja Menurut Ahli Psikologi


 

2.1.4 Remaja Dulu Dan Kini : Tinjauan Sepintas Lalu


 


 


 


 


 

2.2 Definisi Akhlak


 

Akhlak dari sudut bahasa merupakan bentuk jama' kepada perkataan al-khuluq atau al-khulq, yang bererti tabiat atau budi pekerti.


 

Sudut istilah ialah suatu keadaan yang melekat pada jiwa manusia, yang daripadanya lahir perbuatan-perbuatan dengan mudah, tanpa melalui proses pemikiran atau pertimbangan.


 

Keadaan jiwa ini terbahagi kepada dua macam. Pertama, sifat-sifat yang telah ada semenjak semulajadi manusia, seperti seseorang lekas marah hanya kerana sebab terkecil, dan seseorang pengecut kerana perkara ringan; dan seseorang lekas tertawa. Kedua, sifat-sifat yang diperolehi dengan pembiasaan dan latihan, yang pada mula-mula ianya dengan pertimbangan dan pemikiran, kemudian diamalkan secara berterusan sehingga ia menjadi sifat dan tabiat.


 

Jika keadaan jiwa melahirkan perbuatan yang baik dan terpuji mengikut pandangan akal dan syara' maka disebut akhlak mulia. Tetapi jika perbuatan-perbuatan yang ditimbulkan itu tidak baik maka dinamakan akhlak yang buruk.


 

Meskipun perkataan akhlak berasal daripada bahasa Arab namun ia tidak disebut dalam al-Quran kecuali dalam dua bentuk mufrad (tunggal) yang disebutkan sebanyak dua kali, iaitu salah satu pada ayat berikut …… (al-Quran, al-Qalam 68:4, dan ayat lainnya al-Syu'ara' 26:137)


 

Dalam hadis ia sering digunakan sama ada dalam bentuk tunggal atau bentuk jama' seperti hadis :

الاخلاق مكارم لأتمم بعثت

Saya dibangkitkan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 

2.2.1 Definisi Semasa

2.2.2 Definisi Menurut Islam

2.2.3 Definisi Menurut Pandangan Lain/Barat


 


 


 


 

2.2.4 Keistimewaan Akhlak Islam


 

Akhlak Islam bersifat syumul dan universal yang mencakupi segala kehidupan manusia. Ini telah dinukilkan oleh Mohd Nasir Omar melalui pendapat al-Qardhawi terhadap kesyumulan akhlak Islam kepada :

  1. Akhlak terhadap diri sendiri, seperti memelihara kesihatan diri, membersihkan jiwa dari sebarang kekotoran, melatih jiwa supaya berfikir dan menganalisa, tidak melampaui batas dan sebagainya.
  2. Akhlak terhadap keluarga, seperti suami perlu bergaul dengan isterinya dengan cara yang baik, berbuat baik kepada kedua ibubapa, kepada orang yang lebih tua atau muda dari kita, jangan membunuh anak kerana bimbangkan kemiskinan, berlaku adil kepada semua orang, anak-anak dan isteri-isteri, berbuat baik dan memberi bantuan kepada kaum keluarga yang dekat dan yang jauh.
  3. Akhlak terhadap masyarakat, antaranya jangan memasuki sesebuah rumah kecuali mendapat izin dan memberi salam kepada penghuninya, jangan mengurangkan timbangan, kembalikan amanah kepada empunyanya, hakimlah di antara anusia dengan adil dan sebagainya.
  4. Akhlak terhadap alam, seperti menyedari bahawa alam semulajadi ini diamanahkan oleh Allah kepada manusia untuk mentadbirnya. Kepelbagaian alam ini memanisfestasikan kekuasaan Allah, dala meneroka dan mengguna setiap kurnia yang wujud didalanya, manusia harus sederhana, bermatlamatkan kepentingan bersama, tidak menipu, mengeksploitasi, melakukan monopoli, sorok dan perlu dijiwai dengan rasa syukur.
  5. Akhlak terhadap Allah. Akhlak yang paling tinggi dan mengatasi segala-galanya adalah akhlak manusia terhadap Allah, darinya sumber segala hukum da nilai hidup. Tuhan yang berhak mendapat semua pujian, segala ketaatan. Dialah sahaja yang layak da perlu disembah, tempat meminta-minta petolongan, pengampunan dan hidayah.


 


 

2.2.5 Keperluan Berakhlak Mulia


 

Al-Ghazali membahagikan manusia kepada empat golongan. Pertama, manusia yang lalai dan tidak boleh membezakan antara kebaikan dan keburukan. Mendidik orang seperti ini adalah yang paling mudah. Jika dibimbing oleh seorang guru maka akan baik budi pekertinya dalam waktu yang relatif singkat. Kedua, manusia yang dapat membezakan antara mana yang baik dengan yang buruk namun dia melakukan keburukan. Manusia seperti ini lebih sulit untuk dibentuk daripada kelompok yang pertama. Ketiga, manusia berkeyakinan bahawa akhlak-akhlak yang buruk merupakan kewajipan yang dianggap baik. Manusia seperti ini hampir saja tidak dapat diubati lagi. Keempat, manusia yang sejak kecilnya telah berkembang dengan keyakinan yang salah. Ia telah terbiasa dengan akhlak yang buruk dan merasa bangga dengannya. Manusia yang tergolong ke dalam kelompok ini merupakan orang yang paling sukar untuk dididik atau diperbaiki lagi akhlaknya.


 

Kesempurnaan akhlak manusia dapat dicapai melalui dua jalan. Pertama, melalui kurnia tuhan yang menciptakan manusia dengan fitrah dan akal sempurna, akhlak yang baik, dan nafsu syahwat serta nafsu amarahnya sentiasa tunduk dengan akal dan agama. Manusia tersebut dapat memperolehi ilmu tanpa belajar dn terdidik tanpa melalui proses pendidikan. Mnusia tergolong ke dalam kelompok pertama ini adalah para nabi dan rasul Allah. Kedua, akhlak tersebut diusahakan dengan cara mujahadah (berjuang secara bersungguh-sungguh) dan riyadah (latihan) iaitu membiasakan diri melakukan akhlak-akhlak mulia.


 


 


 


 


 


 


 


 


 

2.3 Akhlak Membentuk Tingkahlaku Remaja


 

Menurut Ibn Maskawayh terhadap metode terbaik dalam mendidik kanak-kanak ialah metode tabi'i iaitu menyelaraskan penyemaian akhlak dengan pertumbuhan dan perkembangan kekuatan jiwa yang ada di dalam diri kanak-kanak. Kekuatan yang paling awal wujud hendaklah dipilih sebagai perkara yang pertama-tama pula diluruskan, dn kemudian dilanjutkan dengan meluruskan kekuatan-kekuatan yang muncul kemudiannya. Dapat diketahui bahawa kekuatan yang mula-mula wujud dalam diri kanak-kanak adala kekuatan makanan, kemudian kekuatan marah dan cinta kepada kemuliaan, dan seterusnya kekuatan cinta kepada ilmu pengetahuan. Oleh itu, akhlak yang pertama sekali perlu ditanamkan pada diri kanak-kanak adalah tentang adab makan dan minum, kemudian melatih mereka mengawal kekuatan marah dan keinginan kepada kemuliaan dan seterusnya yang terakhir adalah dengan memenuhi kekuatan cintanya terhadap ilmu pengetahuan.


 


 


 


 

2.3.1 Kepentingan Berakhlak Mulia Ke Atas Remaja


 

2.3.2 Kerosakan/Kebinasaan Ke Atas Remaja Yang Tidak Berakhlak


 

Ada beberapa faktor yang menyebabkan berlakunya kerosakan akhlak di kalangan remaja khususnya berpunca dari dalam diri remaja itu sendiri. Di antara fenomena yang dikenal pasti ialah :

  1. Meninggalkan amalan dan penghayatan Islam. Islam adalah agama wahyu yang diredhai oleh Alah. Ia mengatur sistem dan cara hidup yang lengkap dalam segenap bidang kehidupan manusia, sama ada di dunia atau di akhirat. Berbahagialah kehidupan orang yang mengikuti dan menghayati ajarannya, dan rugilah orang yang tidak mengikut dan mengamalkan ajaran tersebut. Firman Allah s.w.t :


     


     

    Maksudnya : "Dan sesungguhnya inilah jalan Ku (agamaku) yang lurus, maka hendaklah kamu ikutinya, dan janganlah kamu mengikut jalan-jalan yang lain, kelak akan memporak perandakan kamu (menyesatkan kamu) dari jalan-nya". (al-An'am : 153)


     

  2. Mengabaikan solat fardhu

    Solat fardhu sehari semalam lima waktu merupakan kewajipan yang wajib dilaksanakan setiap umat Islam. Solat fardhu lima waktu ini menjadi rukun Islam kedua. Ia menjadi tiang agama. Ia merupakan identiti penting yang membezakan orang Islam dengan bukan Islam. Fungsi solat sebagai pencegah kejahatan telah dilupakan. Berdasarkan realiti dala kehidupan hari ini, ada sesetengah pelajar dan remaja mengabaikan amalan solat ini, terutamanya ketika subuh, asar dan isyak.

    Mafhum hadith Nabi s.a.w :

    "Solat itu tiang agama. Maka sesiapa yang meninggalkannya ia telah meruntuhkan agamanya".


     

  3. Ketandusan adab sopan dan penghayatan nilai-nilai murni. Adab sopan adalah tingkah laku serta tutur kata yang halus. Stiao muslim hendklah menjaga adab sopan yang telah ditetapkan supaya kesejahteraan hidup di dunia dn akhirat dapat dijaminkan. Adab sopan dapat membezakan antara manusia dan haiwan. Penyair arab ada berkata :

    "Ketinggian umat bergantung kepada ketinggian akhlak dan adab sopannya. Sebaliknya jika akhlak itu runtuh maka runtuhlah umat tersebut".


     

  4. Mudah terpengaruh dengan gaya hidup barat dan budaya senang (hedonisme). Di aman pembangunan teknologi maklumat yang canggih, dunia telah menjadi global, melalui arus globalosasi dan perkembangan teknologi maklumat telah membawa pensejagatan budaya dalam kehidupan individu. Secara tidak langsung, arus tersebut berjaya memeperkenalkan gaya hidup barat kepada seluruh dunia. Gaya hidup tersebut seperti pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan, berpeleseran di tempat hiburan pub dan disko, cara berpakaian mendedahkan aurat, fesyen rambut, meminum arak, mengedar dadah, menjadi samseng dan lain-lain budaya yang boleh meruntuhkan akhlak serta menghakis budaya timur yang diwarisi sejak zaman berzaman. Mafhum hadith Rasulullah s.a.w :

    "Malu itu sebahagian daripada iman". (riwayat al-Bukhari)


     

  5. Sikap negatif yang menghalang kejayaan. Terdapat beberapa sikap negatif yang masih wujud dala diri seseorang individu seperti malas berusaha, mudah berputus asa, mudah menyerah da memadai dengan pencapaian yang ada. Sikap negatif ini boleh menghalang kejayaan kita, terutama jika kita seorang pelajar.

Sikap negatif ini berpunca daripada sikap malas berusaha dan berfikir, sukakan hiburan da kemewahan hidup. Sikap malas belajar mengakibatkan mereka ponteng sekolah. Apabila mereka terlibat dengan masalah disiplin mereka akan dibuang sekolah. Begitu juga dengan sikap gemarkan hiburan yang boleh melalaikan, merugikan masa dan wang. Mereka akan lupa tanggung jawab diri kepada Allah, masyarakat dan negara. Akhirnya akan ketinggalan untuk mengejar kejayaan.