1. Pandangan Hanafi dan Syafie berkaitan ruju’
Hanafi : Sah ruju' sama ada dengan persetubuhan atau permulaan persetubuhan seperti sentuhan bersyahwat, ciuman, melihat kemaluan isteri dan lain-lain. Pandangan ini turut disebut oleh ramai ulama tabien seperti Sa'ad Ibn Musayyab, Hasan Al-Basri, Ibn Sirin, Ato' Abi Rabah, Al-Awzai'e, Sufyan At-Thawry, As-Sya'biy dan lain-lain.
Syafie : Mazhab Syafie menolak ruju' melalui perlakuan tanpa lafaz secara total, sama ada persetubuhan, mahupun permulaannya sebagaimana pandangan Hanafi tadi. Mazhab Syafie berfatwa sebarang persetubuhan pada waktu ‘iddah tanpa lafaz ruju' yang jelas terlebih dahulu adalah haram.

2. Keadaaan Eddah Bagi lelaki
Keadaan pertama :
Apabila suami yang ingin berkahwin dengan adik perempuan atau kakak isterinya selepas si suami bercerai hidup dengan isterinya. Tempoh iddahnya: Sehingga bekas isterinya habis iddah 3 kali suci/haid

Keadaan kedua :
Apabila seorang lelaki yang telah berkahwin 4 dan ingin kahwin lagi satu. Wajib baginya menceraikan salah satu dari yang 4 tu. Maka sebelum beliau ingin menikahi kali yang kelima selepas bercerai hidup dengan salah satu isteri yang 4 tersebut. si laki itu perlu menunggu habis iddah isteri yang beliau ceraikan itu 3 kali suci/haid...baru boleh nikah kali yang kelima.