first thing semase beli grafik kad, tengok series.

ni comparison untuk 350 ringgit yang aku taram sahaja. bukan real world situation. khas untuk nvidia

1. nvidia 8800GTS
2. nvidia 9600GT

nomenclature untuk grafik kad nvidia normally macam ni

first digit, menentukan generasi. let say 9600GT, 9 untuk generation yang ke 9
second digit, menentukan jenis grafik kad tu dalam generasi tersebut. high end, entry level, mid level.

9xxx series, ade beberapa nomenclature. 9500, 9600, 9800. lagi tinggi number means lagi tinggi perfomance. simple

didalam comparison 8800GT dengan 9600GT,
kalau ikut logik, suppose to be, 9600GT lagi better kan, sebab die generasi lagi baru.

no, its wrong. sebab even die generasi yang lebih baru, 9600gt adelah mid entry perfomance pnye level. sedangkan 8800GT adelah high end, means pada generasi ke 8 nvidia, grafik kad ini adelah yang paling superb. tapi disebabkan ia dah tua, harganya makin murah sampai la tahap mid-entry perfomance.

tu secara kasarla. ko bole buat comparison camtu menggunakan logik akal. tapi sesetengah benchmark claim, 9600gt close dengan 8800gt in terms of perfomance. bermakna gap antara 9600gt dengan 8800gt tak berbeza sangat, walaupon die dalam due kelas yang berbeza. itu aku tak tau, sebab aku bukan rajin nak tengok review due grafik kad ni.

second thing bagi aku adelah tengok bit

why? sebab bit pada grafik kad adelah memory bus interface. bermakna bit tu refer kepada interface yang menghubungkan ram, dengan VPU(video processing unit) dengan output(display)

ko ade super power 8800gt, super ddr8 8gb ram, tapi bit ko cume 64bit, (dimana mustahil, ini cume contoh), tak guna sume tu

sebab pada satu satu masa, data yang dapat dihubungkan antara processor dengan ram cume 64bit sahaja. 64 bit = 8kb.

memory bus interface ko akan jadi bottleneck kepada semua sistem. apa guna 8gb memory ram, kalau at a time hanya 8kb per 1/500 second je dapat dihantar. (frequency 500mhz)

so, better pilih 128bit, at min, atau 256 lagi better.

third adelah jenis memory

basically grafik kad yang latest ade GDDR5, GDDR4, GDDR3, GDDR2

apebende sume tuh.

tu adelah jenis jenis GRAFIK DDR MEMORY. ia tiada kene mengena dengan SYSTEM RAM MEMORY.

sume GDDR2,3,4,5 adelah advance daripade basic ddr2 sebenanye. bukan bermaksud GDDR3, same dengan DDR3 motherboard tu. tak. technology die totally different. GDDR3 adelah advance dari GDDR2 yang architecture die adelah base kepada ddr2. so, simple ayat adelah GDDR3 adalah advance dari ddr2.

same dengan gddr5. die takde kene mengena pon dengan ddr5, in fact, ddr5 untuk motherboard tak de pon lagi. even tak wujud pon.

cume orang je konpius. huhuhu. okey, lagi tinggi number kat GDDR tu, lagi better. sebab,panjang sangat nak explain. ;D ;D ;D ;D

fourth baru tengok nilai memory

sebab ape ni pilihan aku yang ke empat?

okey. ni situasi

1. nvidia 9800GTX 1gb memory GDDR2 256bit
2. nvidia 9800GTX 512mb memory GDDR4 256 bit.

mane lagi bagus?

no 1? tak semestinya. kerana, dia menggunakan memori jenis GDDR2 yang mane lagi low bandwith dari GDDR4.

ingat ye, graphic ram khas untuk store temporary data. lagi besar size, lagi banyak data dapat disimpan. tapi tak bermakna lagi banyak data dapat diprocess, sebab proses dilakukan oleh processor.

jadi, berdasarkan situasi diatas, 512mb gddr4 definitely lagi better. sebab,
1. graphical data tak terlalu besar. jadi tak memerlukan storan yang terlalu banyak
2. graphical data memerlukan penghantaran data yang kadarnya tinggi. kalau storage besa pon, tapi transfer rate rendah, tak guna gak.akan jadi bottleneck.

so secara kesimpulannya
1. tengok series
2. tengok bit
3. tengok jenis ram
4. tengok saiz ram